Latest Entries »

Seminar Kebangsaan Ke 2

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 Malaysia

Pada 9 Mac yang lalu, seramai 10 orang daripada Jawatankuasa Kelab Rukun Negara telah menghadiri satu seminar kebangsaan kali ke 2 yang bertajuk, “KASIH SAYANG ANTARA GENERASI MEMBANTERAS PENGANIYAAN SESAMA INSAN” yang dianjurkan oleh Persatuan Gerontologi Malaysia bersama sama KPWKM, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sebanyak 4 kertas kerja yang dibentangkan oleh penceramah-penceramah yang hebat-hebat belaka. Setiap kertas kerja itu membentangkan bagaimana untuk mendidik anak di rumah dan bagaimana untuk tidak berlaku ganas atau violent ketika mendidik anak-anak di rumah kita.

Seminar ini mendapat sambutan yang hangat sehingga membanjiri dewan pada hari itu. Seramai lebih kurang 500 orang menghadiri seminar itu dimana pesertanya dari NGO Malaysia, Pesatuan-persatuan, kelab-kelab, IPT, dan IPG.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 Malaysia.

Kelab Rukun Negara telah diundang oleh Jabatan Perpaduan Malaysia untuk menjadi sukarelawan kepada program ini. Setakat ini, Kelab Rukun Negara telah merekruit 20 orang guru pelatih untuk menjadi sukarelawan. Namun, bilangan ini masih tidak mencukupi kerana JKM memerlukan banyak sukarelawan dari golongan professional seperti kita.

Sedikit sebanyak mengenai program EOTO ini ialah objektif program ini ialah untuk memberi didikan kepada para pelajar yang kurang kemampuannya dalam pembelajaran, para pelajar dimana pendapatan ibu bapa mereka di bawah RM2000 sebulan dan tidak mampu menghantar ke tuisyen, kepada para pelajar dimana ibu bapa mereka kurang mendorong dalam pembelajaran. Maka dengan itu, EOTO dilancarkan. Isteri kepada Yang Berhormat Perdana Menteri kita telah menghadiri majlis pelancaran program ini.

Program ini amat bagus untuk kita guru pelatih menjadikannya sebagai platform untuk menyediakan diri kita ke alam persekolahan yang akan datang. Para pelajar ini datang dari pelbagai latar belakang seperti contohnya tidak fasih berbahasa melayu dan inggeris.

Maka dengan ini saya menyeru, jika rakan-rakan saya di luar sana yang ingin menjadi sukarelawan bagi program yang murni ini, hubungilah Mohd Ihsan (017-4693691).

KRN IPG KTB akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama pada 8 Mac 2010. Esok, akan kami keluarkan perlembagaan dan kertas cadangan/usul untuk setiap kelas. Cadangan/usul hendaklah diserahkan kembali pada hari Jumaat, 5 Mac 2010. Harap Maklum.

Terima kasih!

Jutaan terima kasih kepada anda yang telah menjayakan Kempen Kurangkan Gula ini. Walaupun terdapat cacat celanya ketika kempen ini berlangsung, Alhamdulillah tiada pihak yang mempersoalkan..

5 RUKUN NEGARA

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 Malaysia.

Adapun dengan ini, entry ini ingin mengambil kesempatan untuk para ahli berbincang usul untuk kita bawa kepada Tuan Pengarah untuk usul ini diterimapakai.

Usul yang diberikan bukan sahaja mengenai aktiviti, malahan usul perlembagaan yang bakal di bentangkan ketika Mesyuarat Agung akan datang.

Pada ahli-ahli KRN IPG KTB, berikan usul anda agar kami dapat memastikan suara aktiviti anda kami tunaikan.

1 PENCALONAN SEKRETERIAT KRN   2010 25/1/2/10

2 MESYUARAT AGUNG - – - – - MAC

3 KEMPEN KURANGKAN GULA – - – - -  FEBRUARI

4 PERASMIAN KELAB RUKUN NEGARA - – - – - MAC

5 PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM ( SETIAP HUJUNG BULAN) - – - – - SEPANJANG TAHUN

6 KEMPEN BUDI BAHASA BUDAYA KITA

7 LAWATAN KASIH KE RUMAH ORANG-ORANG TUA, RUMAH ANAK YATIM,DLL - – - – - SEPANJANG TAHUN

8 KURSUS KEPIMPINAN BTN DI PANGKOR - – - – - 5/3/2010

9 PROGRAM TAUTAN KASIH 1MALAYSIA DI SIMUNJAN, SARAWAK - – - – - MEI

10 PROGRAM KEAMANANSEJAGAT DI UNIVERSITY SOKHLA, THAILAND - – - – - JUN

11 GLOBAL PEACE FESTIVAL, BANGKOK - – - – - JUN

12 PERTANDINGAN KENEGARAAN – - – - – JULAI

13 CERAMAH KENEGARAAN – - – - – SEPANJANG TAHUN

14 BERSAMA PROF. MADYA DR LIM SWEE TIN – - – - – OGOS

14 PERTANDINGAN PERMAIANAN TRADISIONAL - – - – - SEPTEMBER

15 BENGKEL TARIAN DAN TEATER – - – - – SEPTEMBER

16 MALAM KEBUDAYAAN

Pada 23hb Februari 2010, KRN akan mengadakan Kempen Kurangkan Gula yang akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 2 tgh hari. Seramai 500 orang sahaja akan terlibat. Pihak KRN juga akan menjemput sekolah terdekat dan IPT/IPG Zon Utara melibatkan diri.

Kempen ini dijalankan anjuran bersaama KHEP, KPDN KK, dan Kementerian Kesihatan. Terima kasih kepada semua pihak yang bakal menjayakan kempen ini.

Kempen ini akan dimulakan dengan majlis perasmian. Selepas selesai majlis perasmian, 2 ceramah akan dijalankan iaitu mengenai Kesihatan dan Subsidi Gula. Kemudian, para peserta akan bergerak ke Pusat Sumber Za’ba dan hadapan Dewan Kuliah Kirkby untuk pameran serta pemeriksaan kesihatan dan kandungan gula.

Diharap kempen ini akan berjaya dijalankan.

Satu pertandingan merekacipta loga Kelab Rukun Negara sedang dijalankan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 26 Februari 2010.

Sesiapa yang berminat boleh menghantar rekaan kepada
Eksekutif Penerbitan: Mohammad Khalilizul Syahmiey; 2 PPISMP SNS
selewat-lewatnya pada 26 Februari 2010

Hadiah menanti:
T-Shirt KRN IPG KTB
Peluang ke Global Peace Festival, Bangkok.

PENGERUSI
Mohd Ihsan bin Faharol Razi
5 PISMP MT

TIMB PENGERUSI
Low Ching Tat
1 PISMP SNS

SETIAUSAHA
Nurul Syahida Bt Arifin
1 PISMP PA 2

PEN SETIAUSAHA
Siti Jamilah Bt Mat Isa
3 PISMP PA 1

BENDAHARI
Mohammad Shafiq Bin Baseri
3 PISMP PA 1

PEN BENDAHARI
Nurul Nadhira Bt Mahfudz
1 PISMP PJ 1

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.