Archive for March, 2010


Seminar Kebangsaan Ke 2

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 Malaysia

Pada 9 Mac yang lalu, seramai 10 orang daripada Jawatankuasa Kelab Rukun Negara telah menghadiri satu seminar kebangsaan kali ke 2 yang bertajuk, “KASIH SAYANG ANTARA GENERASI MEMBANTERAS PENGANIYAAN SESAMA INSAN” yang dianjurkan oleh Persatuan Gerontologi Malaysia bersama sama KPWKM, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sebanyak 4 kertas kerja yang dibentangkan oleh penceramah-penceramah yang hebat-hebat belaka. Setiap kertas kerja itu membentangkan bagaimana untuk mendidik anak di rumah dan bagaimana untuk tidak berlaku ganas atau violent ketika mendidik anak-anak di rumah kita.

Seminar ini mendapat sambutan yang hangat sehingga membanjiri dewan pada hari itu. Seramai lebih kurang 500 orang menghadiri seminar itu dimana pesertanya dari NGO Malaysia, Pesatuan-persatuan, kelab-kelab, IPT, dan IPG.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 Malaysia.

Kelab Rukun Negara telah diundang oleh Jabatan Perpaduan Malaysia untuk menjadi sukarelawan kepada program ini. Setakat ini, Kelab Rukun Negara telah merekruit 20 orang guru pelatih untuk menjadi sukarelawan. Namun, bilangan ini masih tidak mencukupi kerana JKM memerlukan banyak sukarelawan dari golongan professional seperti kita.

Sedikit sebanyak mengenai program EOTO ini ialah objektif program ini ialah untuk memberi didikan kepada para pelajar yang kurang kemampuannya dalam pembelajaran, para pelajar dimana pendapatan ibu bapa mereka di bawah RM2000 sebulan dan tidak mampu menghantar ke tuisyen, kepada para pelajar dimana ibu bapa mereka kurang mendorong dalam pembelajaran. Maka dengan itu, EOTO dilancarkan. Isteri kepada Yang Berhormat Perdana Menteri kita telah menghadiri majlis pelancaran program ini.

Program ini amat bagus untuk kita guru pelatih menjadikannya sebagai platform untuk menyediakan diri kita ke alam persekolahan yang akan datang. Para pelajar ini datang dari pelbagai latar belakang seperti contohnya tidak fasih berbahasa melayu dan inggeris.

Maka dengan ini saya menyeru, jika rakan-rakan saya di luar sana yang ingin menjadi sukarelawan bagi program yang murni ini, hubungilah Mohd Ihsan (017-4693691).

KRN IPG KTB akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama pada 8 Mac 2010. Esok, akan kami keluarkan perlembagaan dan kertas cadangan/usul untuk setiap kelas. Cadangan/usul hendaklah diserahkan kembali pada hari Jumaat, 5 Mac 2010. Harap Maklum.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.