Pada 23hb Februari 2010, KRN akan mengadakan Kempen Kurangkan Gula yang akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 2 tgh hari. Seramai 500 orang sahaja akan terlibat. Pihak KRN juga akan menjemput sekolah terdekat dan IPT/IPG Zon Utara melibatkan diri.

Kempen ini dijalankan anjuran bersaama KHEP, KPDN KK, dan Kementerian Kesihatan. Terima kasih kepada semua pihak yang bakal menjayakan kempen ini.

Kempen ini akan dimulakan dengan majlis perasmian. Selepas selesai majlis perasmian, 2 ceramah akan dijalankan iaitu mengenai Kesihatan dan Subsidi Gula. Kemudian, para peserta akan bergerak ke Pusat Sumber Za’ba dan hadapan Dewan Kuliah Kirkby untuk pameran serta pemeriksaan kesihatan dan kandungan gula.

Diharap kempen ini akan berjaya dijalankan.