Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 Malaysia.

Kelab Rukun Negara telah diundang oleh Jabatan Perpaduan Malaysia untuk menjadi sukarelawan kepada program ini. Setakat ini, Kelab Rukun Negara telah merekruit 20 orang guru pelatih untuk menjadi sukarelawan. Namun, bilangan ini masih tidak mencukupi kerana JKM memerlukan banyak sukarelawan dari golongan professional seperti kita.

Sedikit sebanyak mengenai program EOTO ini ialah objektif program ini ialah untuk memberi didikan kepada para pelajar yang kurang kemampuannya dalam pembelajaran, para pelajar dimana pendapatan ibu bapa mereka di bawah RM2000 sebulan dan tidak mampu menghantar ke tuisyen, kepada para pelajar dimana ibu bapa mereka kurang mendorong dalam pembelajaran. Maka dengan itu, EOTO dilancarkan. Isteri kepada Yang Berhormat Perdana Menteri kita telah menghadiri majlis pelancaran program ini.

Program ini amat bagus untuk kita guru pelatih menjadikannya sebagai platform untuk menyediakan diri kita ke alam persekolahan yang akan datang. Para pelajar ini datang dari pelbagai latar belakang seperti contohnya tidak fasih berbahasa melayu dan inggeris.

Maka dengan ini saya menyeru, jika rakan-rakan saya di luar sana yang ingin menjadi sukarelawan bagi program yang murni ini, hubungilah Mohd Ihsan (017-4693691).