Kelab Rukun Negara (KRN) telah ditubuhkan 25 Januari 2010 apabila penamaan untuk sekretariat telah dibuat. Pada 28 Januari 2010 pula, satu mesyuarat jawatankuasa telah diadakan untuk melantik jawatankuasa tertinggi KRN 2010 di IPG Kampus Tuanku Bainun.

Setelah mesyuarat perlembagaan diadakan, maka, Kelab Rukun Negara IPG Kampus Tuanku Bainun secara rasmi ditubuhkan namun belum dilancarkan secara formal.

Hala tuju KRN ialah untuk membentuk perpaduan dan semangat patriotisme dengan mengamalkan konsep 5 Rukun Negara yang kita sedia maklum.

Oleh itu, jawatankuasa KRN akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai halau tuju tersebut.